Wednesday, 22 June 2011

Tuesday, 10 May 2011

Tafsir Mimpi~~~

* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
*Jika mimpi dimimpi dibunuh orang berarti kita akan menjadi sakit-sakitan.
*Bagaimana apabila kita bermimpi membunuh orang? Jangan takut, karena yang satu ini ternyata artinya cukup baik, yaitu kita akan mendapat keberuntungan yang besar.

Monday, 9 May 2011

Tidurku dalam senyuman......la la ulala~~.....

Friday, 6 May 2011


Sakit gilerrrrr la pulakkk perott nih...dah telan ubat tahan sakit 4bj pon xjln.....
Nak wat cane lakkk.....adoiiiii!!!!

Thursday, 5 May 2011

Sunday, 1 May 2011

Tiada kata2 yg dapat menggambarkan perasaanku ditika ini.......

Saturday, 30 April 2011

Peringatan Untuk Diriku~~

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Lidah anda yang menentukan siapa anda.

Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencobanya pada hari esok.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah 216)

~~HATI~~

Carilah hatimu pada tiga tempat.
Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Jika kau tdk temui, cari hatimu ketika mengerjakan Solat
Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati Mati
Jika kau tidak temui juga maka berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! (Imam Al-Ghazali)

Thursday, 28 April 2011


Sekuat manapun godaan yang kita hadapi...
Sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani...
Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai...
Sejauh mana pun hari hari yang kita lalui...
JANGAN pernah berhenti berharap dari meminta pertolongan Ilahi...
...Kerana harapan adalah masa hadapan...
Kerana harapan adalah sumber kekuatan...
Kerana doa adalah pintu kebaikan... Dan
Kerana doa adalah senjata orang beriman...

Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah ISLAM sbg nikmat untkmu.
Jika engkau perlukan asyik cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu.
Jika engkau perlukan tenang cukuplah mengingati Allah ketenanganmu
jika engkau perlukan pengajaran, cukuplah maut itu pengajaran buatmu.

Mutiara kata untuk renungan bersama

Tidak ada yang lebih bahaya dan sulit kita musuhi selain hawa nafsu
Tidak ada yang lebih bahaya dijaga selain Lidah sbb tajam dari pedang
Tidak ada yang lebih bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia
...Tidak ada bahayanya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia.

Maka apabila Hawa nafsu sudah menguasai,Lidah tdk dapat lagi dikawal
Keimanan sudah sirna sebab cinta dunia dan hatipun telah hancur lebur
Apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?"

Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah ISLAM sbg nikmat untkmu.
Jika engkau perlukan asyik cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu.
Jika engkau perlukan tenang cukuplah mengingati Allah ketenanganmu
jika engkau perlukan pengajaran, cukuplah maut itu pengajaran buatmu.

Tuesday, 26 April 2011

Janganlah kamu menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan
janganlah kamu memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya,
kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan
yang pahit itu belum tentu mendatangkan keburukan..

SABAR

Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.

~~CINTA~~

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-katacinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan keranacinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisancinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.
Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Jika kau bercinta lagi, cintailah diri pasanganmu dengan sesungguhnya

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday, 25 April 2011

Kalau nak belayar ke lautan luas pastikan kukuh batang layarnya...
Kalau nak merantau negeri orang pastikan cukup bahan bekalnya...
Kalau nak meneroka hati orang pastikan hati kita mampu hadapinya..... kerana hati tidak dapat dibaca seperti mana dalam sebuah lautan, tidak dapat dibaca sepertimana mahu hidup di negeri orang.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)

Sunday, 24 April 2011


Ku belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Ku belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Ku belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Ku belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Ku belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Ku belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Dan ku belajar REDHA dari satu KETENTUAN.......
Ya ALLAH...sesungguhnya aku terlalu malu untuk meminta pengampunan dariMu....tak layak rasanya untk aku menadah tngan yg hina ini didepanMu yaALLAH...aku telah jauh tersesat dari jalan Mu ya ALLAH....aku terlalu asyik dalam melayari perasaanku sendiri....aku lupakan MU disaat aku selesa,tapi disaat aku sakit...pedih...terumbang ambing..terluka..aku mencari Mu ya ALLAH.....sungguh benar kata2 Mu.."Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba2Nya,melainkan kamu sendiri menzalimi dirimu sendiri"....Aku menzalimi diriku setiap saat dan waktu...kezaliman yg aku sendiri terlalu perit untuk menanggung akibatnya...Ya ALLAH...sesungguhnya KAU MAHA Pengasih lg MAHA Pengampun...ampuni hambaMu yg hina ini Ya ALLAH....kurniakan aku sedikit Nur dariMU Ya ALLAH...agar aku dapat meneruskan sisa2 hidupku untuk mnjadi hambaMU....hanya pada Mu aku meminta dan hanya pada Mu ku berharap.....AMIN

Saturday, 23 April 2011

Aku BENCI!!!!!!....BENCI!!!!!....BENCI!!!!!!....BENCI!!!!!!!!...BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!! manusia brnama LELAKI!!!

SAKITTTTT!!!!!!!.....

Peritt terluka....
Pedih berdarahhh......
Padan muka AKU......
Akhirnya AKU tenggelam sendiri......

SAYANG.....

SAYANG....sayang hanyalah satu ungkapan atau satu perkataan yg tidak mempunyai apa2 makna.
Seorg teman pernah brkata pdku"Dia SAYANG sngt kat ko"
Dan aku jwb"Sayang sejauh mana pon die pd aku,xkan kemana"
Aku tahu aku akn terluka...masih juga aku hanyut didalamnya.........
Aku yg mnjadi duri dlm diriku sendiri.......

CINTA...

CINTA itu memang benar hanya milik ALLAH semata2...
Tidak layak manusia memiliki CINTA....kerana CINTA manusia hanya MENYAKITkan......

Me,MySelf n ........

Salam...Ahlan wasahlan Ya Marhaban......
Tak tahu ape yg nak diluahkan...kerana aku bkn insan yg pndai menyusun kata2
Aku cume mmpunyai sekeping HATI yg sering meronta2....